Tuesday, April 15, 2008

my photo in the Utusan Malaysia Newspaper -apr9,08

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_02.htm

Monday, April 14, 2008

MAULUD DI UiTM ...my face was in the paper!

Warga UiTM sambut Maulidur Rasul (9April 2008-Utusan Malaysia)
Oleh ABD. RAZAK OSMAN

PASUKAN Jabatan Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif UiTM, Permatang Pauh, Pulau Pinang turut mengambil bahagian dalam perarakan sambutan Maulidur Rasul, baru-baru ini
________________________________________
SAMBUTAN Maulidur Rasul di sambut merata tempat oleh penduduk beragama Islam di negara ini. Penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang tidak ketinggalan meraikannya.Bagi memeriahkannya, seramai 900 penuntut, termasuk lelaki dan perempuan di kampus itu menyertai perarakan dengan membawa pelbagai sepanduk mengelilingi pusat pengajian berkenaan, baru-baru ini.
Perarakan di tahun ini anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Mutiara Sesi 2007/2008 bermula dari perkarangan Kolej Mutiara ke Pangsapuri Idaman.Pengarah Kampus UiTM Pulau Pinang, Prof. Madya. Mohd. Zaki Abdullah berkata, perarakan itu adalah salah satu cara untuk mengenang semula sejarah perjuangan Rasulullah SAW.
“Banyaklah perkara yang baik boleh dilakukan dengan adanya aktiviti seumpama ini,” katanya. Beliau menegaskan, sekiranya generasi muda, terutama pelajar kampus tidak sanggup berbuat demikian, banyak masalah akan timbul. Ketua projek itu, Mohd. Amirul Radzuan berkata, salah satu objektif utamanya ialah bagi mengenang kembali jasa serta pengorbanan Rasulullah SAW untuk dijadikan pengajaran kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam menjalani kehidupan seharian.Penuntut dan kakitangan juga berpeluang mengikuti ceramah bertajuk, Penghayatan dan Pengamalan Budaya Islam Dalam Kerja daripada Pegawai Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Ellias Zakaria.Selepas perarakan itu, pemenang pertandingan pakaian, sepanduk, disiplin dan selawat terbaik disampaikan oleh Ketua Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM, Zulkifli Dahlan.
Bahagian pakaian dimenangi Kumpulan Kesatria, manakala tempat kedua, Bahagian Kewangan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan dan ketiga, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.Sepanduk terbaik dimenangi, Jabatan Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, kedua, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dan ketiga, Kumpulan Suksis.Jabatan Fakulti Pengurusan Hotel dan pelancongan, kedua, Jabatan Sains Gunaan dan ketiga, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal memenangi kategori Disiplin.
Bahagian selawat pula dimenangi oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, kedua, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, ketiga, Fakulti Kejuruteraan Awam.

Gua Tempurung Perak

14 april 08 ...pi redah gua ... pengalaman meredah gua tempurung merupakan pengalaman yg amat menarik ...terasa macam ada dunia dalam dunia! tak pernah terbayang bukit yg dari luar kelihatan utuh ...rupanya dalamnye begitu 'lompong' dan boleh wujud satu tamadun lain di dalam gua itu sendiri ... tanpa bertemankan lampu suluh..it was really a total darkness experience! can't even see my own fingers in front of my eyes..kecantikan alam dalam gua amat menakjubkan ... sapa yg berani, silalah sekali ...yg mungkin akan pergi buat kali ke2 dan ke 3 ... amat menarik ... alam adalah pelukis yg amat berbakat!

Tuesday, April 8, 2008

Out of the box! Be (+)ve... think (+)ve

Hi there, welcome to my blog ...

Looking at the world around us today made me wonder ..aren't we lucky to be Malaysian! and not American or African or Somalian or Israelians or Palestians or ... others ... Aren't we lucky to have big houses!Big cars! Food everywhere ..just mention what u wanna eat...its there in Malaysia! My diversity Malaysia! Aren't we lucky to be in Malaysia ...even if u r not Malaysians.

Sadly, there will always people who do not know to say 'Thank you' and appreciate what they have ... they dreamt of miracles to happen, but they just don't realise that the MIRACLES IS ALREADY HERE! IN FRONT OF OUR EYES !

So, just stop for a while and think ..think hard ... and appreciate what we have...